Tatacara permainan Plants vs. Zombies (permainan video)

Fail:Plants vs Zombies Gameplay.png Level kolam sedang dijalankan. Zombi sedang maju dari kanan untuk sampai ke rumah. Pemain perlu menanam tumbuhan untuk mempertahankan rumah mereka daripada zombi.

Plants vs. Zombies ialah permainan video pertahanan menara di mana pemain mempertahankan rumah daripada zombi.[3][4] Halaman rumah dibahagikan kepada sebuah grid, dengan rumah pemain terletak di sebelah kiri. Pemain meletakkan pelbagai jenis tumbuhan pada sebuah petak tunggal pada grid. Setiap tumbuhan mempunyai gaya pertahanan yang berbeza, seperti menembak, meletup dan menyekat.[5] Zombi juga terbahagi kepada pelbagai jenis, setiap jenis mempunyai tingkah laku khas mereka sendiri dan kelemahan mereka sendiri kepada tumbuhan yang berbeza. Contohnya, Balloon Zombie boleh terapung melepasi tumbuhan pemain, tetapi belonnya boleh diletupkan oleh Cactus. Contoh zombi lain termasuk Dancing Zombie yang menghasilkan Backup Dancers pada sekelilingnya; dan Dolphin Rider Zombie, yang menunggnag ikan lumba-lumba untuk melompat melepasi tumbuhan.[3]

Pemain boleh memilih sebilangan jenis tumbuhan yang terhad menggunakan paket benih pada permulaan setiap pusingan, dan mesti membayar untuk meletakkan tumbuhan menggunakan mata wang yang dipanggil "matahari". Pemain mengumpul matahari dengan sama ada mengklik pada ikon matahari yang muncul secara rawak di halaman rumah atau dengan menggunakan tumbuhan tertentu yang menjana matahari, seperti Sunflowers dan Sun-shrooms.[5] Setelah diletakkan, setiap jenis tumbuhan mengambil masa untuk diletak semula mengikut kadar kelajuan yang pelbagai. Penyodok boleh digunakan untuk menggali dan membuang tumbuhan.[6] Diletakkan di hujung kiri setiap lorong ialah mesin pemotong rumput sekali pakai; jika zombi mencapai penghujung ini, pemotong akan diaktifkan dan membunuh semua zombi di lorong itu. Jika zombi mencapai penghujung lorong yang di mana mesin pemotongnya telah digunakan, pemain akan kalah dan perlu memulakan semula pusingan tersebut.[6]

Mod pengembaraan

Terdapat lima peringkat dalam mod pengembaraan, setiap satu terdiri daripada sepuluh pusingan.[6] Pada pengakhiran hampir semua pusingan, pemain mengumpul sejenis tumbuhan baharu untuk digunakan pada pusingan seterusnya. Pada pusingan pertama peringkat dua (pusingan 2-1), zombi mula sekali-sekala menggugurkan wang permainan setelah dibunuh. Selepas pusingan keempat peringkat tiga (pusingan 3-4), pemain boleh membelanjakan wang tersebut di kedai yang dipanggil Crazy Dave's Twiddydinkies.[6] Crazy Dave menawarkan barangan yang dapat digunakan oleh pemain untuk menaik taraf tumbuhan yang telah diletakkan dan alatan pertanian pemain untuk Zen Garden pemain. Zen Garden dibuka pada pusingan keempat peringkat lima (pusingan 5-4)[6] dan membolehkan pemain menyiram dan menjaga sekumpulan tumbuhan, yang diperoleh daripada membunuh zombi atau membelinya daripada kedai Crazy Dave;[6] sebagai balasan, tumbuhan-tumbuhan tersebut menjana wang untuk pemain. Pusingan kelima setiap peringkat mempunyai cabaran permainan mini, selalunya menggunakan tali sawat penyampai yang memberikan pelbagai tumbuhan kepada pemain.[4] Pada pusingan kesepuluh setiap peringkat, pemain menerima tumbuhan daripada tali sawat penyampai.[6] Peringkat satu, tiga dan lima berlaku pada waktu siang, manakala peringkat dua dan empat berlaku pada waktu malam.[6]

Semasa peringkat waktu malam, pemain menggunakan tumbuhan kos rendah kerana kekurangan penjanaan matahari semula jadi pada waktu malam.[4][5] Peringkat tiga dan empat berlaku di halaman belakang rumah, yang mempunyai enam lorong (bukan seperti lima lorong yang biasa) dan mempunyai kolam yang mengambil dua lorong tengah.[6] Di kolam, tumbuhan diletakkan di atas Lily Pads, yang boleh diletakkan terus pada lorong kolam, tidak seperti kebanyakan tumbuhan lain.[4] Peringkat empat mempunyai kabus yang mengaburi sebahagian besar halaman.[6] Peringkat lima berlaku di atas bumbung rumah. Persekitaran ini memaksa pemain menggunakan tumbuhan lastik, bukannya tumbuhan menembak yang biasa, disebabkan oleh kecerunan bumbung yang menaik.[6]

Pusingan terakhir mod pengembaraan mempertemukan pemain dengan Dr. Zomboss, seorang saintis jahat dan pencipta zombi. Dia menghancurkan tumbuhan pemain dengan menggunakan Zombot untuk melumatkan tumbuhan atau membaling van ke arah tumbuhan, dan boleh meletakkan bola api dan bola ais yang bergolek melintasi lorong. Pemain dapat mencegah bola-bola ini dengan menggunakan Jalapeños dan Ice-shrooms.[7] Selepas menghabiskan mod pengembaraan, pemain boleh memainkannya semula, kali ini dengan tumbuhan yang telah diperoleh sebelum ini, dan dengan tiga tumbuhan yang dipilih secara rawak untuk memulakan setiap pusingan.[8]

Mod permainan lain

Tiga mod tambahan— permainan mini, teka-teki dan Survival —boleh dimain setelah menyelesaikan mod pengembaraan. Dalam mod Permainan mini, pemain memilih daripada sebuah koleksi terdiri daripada dua puluh permainan mini. Tahap ini mengemukakan cabaran unik kepada pemain, setiap permainan mini menggunakan gimik[9] —selalunya varian tali sawat penyampai yang memberikan pemain tumbuhan tertentu.[10] Dalam mod teka-teki, pemain memilih daripada dua jenis pusingan: "Vasebreaker" dan "I, Zombie".[11] Dalam "Vasebreaker", pemain memecahkan satu set pasu, setiap satu pasu mengandungi tumbuhan atau zombi. Pusingan tersebut berakhir apabila semua pasu dipecahkan dan semua zombi dibunuh. Dalam "I, Zombie", pemain meletakkan zombi untuk melepasi potongan kadbod berbentuk tumbuhan yang telah diletakkan, bertujuan untuk memakan otak di hujung setiap lorong.[6] Mod Survival menawarkan beberapa pilihan pusingan di mana pemain memilih tumbuhan untuk mengalahkan gelombang zombi yang semakin mencabar semakin lama pemain tersebut bertahan.[12]

Rujukan

WikiPedia: Plants vs. Zombies (permainan video) http://www.next-gen.biz/features/flower-defence http://www.next-gen.biz/features/flower-defence?pa... http://www.1up.com/do/newsStory?cId=3177955 http://www.1up.com/reviews/plants-vs-zombies http://appworld.blackberry.com/webstore/content/70... http://www.computerandvideogames.com/272672/golden... http://www.edge-online.com/reviews/review-plants-v... http://www.escapistmagazine.com/news/view/103702-P... http://www.gamasutra.com/php-bin/news_index.php?st... http://www.gamasutra.com/view/news/342128/Take_a_l...